PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku di tujuh negeri sehingga 5 petang ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat berserta ribut melibatkan negeri Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak.
Menurutnya, cuaca buruk itu berlaku di Barat Semenanjung iaitu di Melaka dan Perak (Kerian, Larut Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).
“Selain itu, cuaca yang sama itu turut dijangka berlaku melibatkan kebanyakan kawasan di Daerah Selatan di Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).
“Dalam pada itu, hujan lebat dan ribut petir itu juga dijangka berlaku di daerah utara Semenanjung di Perlis dan beberapa kawasan di Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang),” ujarnya.
Sementara itu, hujan lebat turut melibatkan Sarawak di Sibu (Selangau), Mukah (MUkah), Kapit (Belaga) dan Bintulu (Bintulu). – KOSMO! ONLINE