fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: 10 laporan, dua individu didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUSSEIN pada sidang akhbar di IPK Selangor hari ini. - Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS / KOSMO!

SHAH ALAM – Sebanyak 10 laporan diterima polis sepanjang dua minggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, yang akan berakhir lewat malam ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, daripadanya sebanyak lima kertas siasatan telah dibuka dan mendakwa dua orang individu.

“Dua individu itu didakwa kerana membawa gambar Yang di-Pertuan Agong ketika berkempen.

“Apa yang boleh saya katakan, kempen di PRK Kuala Kubu Baharu berjalan dengan aman tanpa provokasi yang melampau,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Mengenai persiapan polis pada hari pengundian esok, Hussein berkata, sebanyak 1,133 anggota dan pegawai akan bertugas dan akan ditempatkan di beberapa lokasi termasuk di pusat pengundian.

Beliau turut menasihatkan pengundi supaya meletakkan kenderaan di tempat yang sesuai dan tidak menghalang aliran lalu lintas.

“Untuk kempen sehingga lewat malam ini, saya mengingatkan kepada semua penyokong parti untuk tidak melakukan perkara yang boleh mencetuskan insiden yang tidak diingini.

“Malah diharap tidak menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja) ketika berkempen atau berceramah. Sekiranya didapati berbuat perkara itu, pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada kepada si pelaku,” tegasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI