fbpx

Prestasi Bursa Malaysia bukti daya tahan Ekonomi Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Hamzah berucap pada Majlis Pelancaran CIMB Securities di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Prestasi Bursa Malaysia, yang telah mencapai rekod permodalan pasaran tertingginya untuk mencecah RM2 trilion minggu ini mencerminkan kekuatan daya tahan pasaran dan ekonomi negara di bawah Kerajaan Madani.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pembangunan pasaran modal Malaysia, yang mencerminkan komitmen untuk memupuk pertumbuhan, inovasi dan daya tahan dalam sektor kewangan telah meletakkan negara sebagai destinasi utama bagi pelaburan serta aktiviti pasaran modal.

“Awal minggu ini, Bursa Malaysia telah mencecah 1,600 mata, selain mencapai permodalan pasaran tertingginya berjumlah RM2 trilion.

“Prestasi berkenaan, yang hadir sewaktu ketegangan geopolitik yang berterusan menjadi bukti kekuatan pasaran dan ekonomi Malaysia.

“Ia juga menunjukkan bahawa langkah pembaharuan yang diambil kerajaan di bawah rangka kerja Ekonomi Madani sedang mengambil tempat dan membina keyakinan pelabur,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Pelancaran CIMB Securities di sini, hari ini.

Amir Hamzah menambah, dengan meningkatkan keterlihatan dan kebolehcapaian Malaysia kepada pasaran modal antarabangsa, CIMB Securities bukan sahaja mampu menarik pelaburan asing, malah menggalakkan integrasi ekonomi dan merangsang pertumbuhan merentas sektor utama.

“Saya mengharapkan kerjasama lebih besar untuk memposisikab pasaran modal Malaysia sebagai pusat yang menjanjikan peluang menarik, inovasi berpotensi tinggi dan pertumbuhan mampan di peringkat global,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI