fbpx

Memoir Seorang Guru angkat martabat profesion keguruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (tengah) bersama barisan penerbit dan pelakon Memoir Seorang Guru di Kompleks Studio Merdeka, malam tadi. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Orang ramai termasuk para ibu bapa disaran mengambil peluang menonton filem Memoir Seorang Guru yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 30 Mei ini kerana sarat dengan mesej positif seterusnya memupuk kasih sayang terhadap para pendidik .

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, filem yang diangkat daripada hasil karya novelis agung Allahyarham Azizi Abdullah itu wajar ditonton semua golongan masyarakat kerana sarat dengan nilai-nilai murni untuk diambil pengajaran bersama.

“Karya nukilan Allahyarham Azizi Abdullah sangat dekat di hati masyarakat kerana setiap karya beliau sangat menyentuh perasaan, jadi saya amat skeptikal sekiranya ia tidak dapat diterjemahkan dengan baik dalam bentuk penceritaan layar filem.

“Namun, sangkaan saya meleset apabila karya agung ini benar-benar diangkat dengan baik dari segi penjiwaan, pemilihan karakter dan setiap adegan yang dilakonkan berjaya meruntun hati penonton,” katanya.

Fadhlina (tengah) ketika hadir ke pratonton filem Memoir Seorang Guru di Kompleks Studio Merdeka malam tadi. – Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

Beliau ditemui selepas pra tayangan filem berkenaan di Pawagam Mini P. Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, malam tadi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), Wan Munadi Wan Mamat, sekuel yang dihasilkan khas bagi mengangkat martabat profesion perguruan hasil kerjasama bersama Kalam Ariff Holdings Sdn. Bhd. (KAHSB) di bawah arahan pengarah Kyoll Hamzah.

“Perjuangan seorang guru umpama wira yang tidak didendang kerana mereka menggalas tanggungjawab mendidik anak bangsa sejak kecil hingga dewasa.

“Justeru peluang untuk mengetengahkan peranan guru dalam bentuk visual seperti penerbitan filem ini adalah bertepatan serta sesuai dengan usaha kami dalam mengeratkan hubungan warga pendidik dengan masyarakat masa kini,” jelasnya.

Tambah Wan Munadi, bersempena dengan bulan istimewa Hari Guru ini, beliau berharap supaya filem ini diterima baik dan mendapat sambutan hangat daripada semua golongan penonton.

“YGMB turut berharap Memoir Seorang Guru ini dapat meraih tontonan tinggi, malah mampu menyuntik lebih banyak lagi penerbitan sekuel sebegini dari kalangan penggiat seni,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI