fbpx

Jatuh tali air, panik nampak polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian sebuah motosikal terjatuh ke dalam tali air di Kampung Nechang, Tumpat pada Selasa lalu. - Foto IHSAN POLIS

TUMPAT – Dua lelaki yang menunggang motosikal terjatuh ke dalam tali air ketika cuba meloloskan diri selepas terserempak kenderaan polis yang membuat rondaan di Kampung Nechang di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, dua lelaki berusia 31 dan 24 tahun itu bagaimanapun diselamatkan oleh polis terbabit.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, ketika kejadian anggota sedang menjalankan rondaan.

“Penunggang dan pembonceng motosikal yang panik memecut kenderaan menghala ke Kampung Nechang sebelum terbabas dan terjatuh dalam tali air.

“Anggota polis memberikan bantuan kepada mereka dengan menghubungi ambulans untuk rawatan awal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Khairi memberitahu, kedua-dua lelaki itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. Ujian air kencing mendapati, penunggang motosikal positif benzo selain mempunyai empat rekod kes dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI