fbpx

‘Hukumlah, tapi biarlah berhati perut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Selangor FC. (Gambar kecil: Shahril)

SHAH ALAM – Selangor FC berharap Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak mengenakan hukuman berat ekoran keputusan kelab itu menarik diri daripada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sepatutnya berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, hari ini.

Hasrat itu begitu ditagih bagi mengelak situasi bertambah tegang ketika seluruh peminat bola sepak negara masih lagi berduka ekoran insiden Faisal Halim disimbah asid.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar bagaimanapun tetap menerima apa jua keputusan yang akan diputuskan oleh MFL.

“Kalau kita tengok kenyataan yang dibuat Selangor FC sebelum ini sangat jelas, pasukan terima apa jua keputusan MFL selagi mengikut peraturan atau garis panduan ditetapkan.

“Kita ini satu komuniti, sebelum Selangor FC keluarkan surat, kami duduk bersama Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin, Presiden MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan dan juga Datuk Stuart Ramalingam (Ketua Pegawai Eksekutif MFL).

“Selangor FC akur dengan apa juga keputusan atau hukuman, tapi janganlah membebankan kelab,” katanya ketika ditemui selepas melawat Faisal, sebentar tadi.

MFL semalam membuat keputusan untuk membatalkan aksi Piala Sumbangsih, JDT diberikan kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0 dan mendapat tiga mata bagi perlawanan Liga Super.

Perkara-perkara lain juga berkenaan penarikan diri itu akan dibawa ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI