fbpx

Gonzalez dilantik jadi Pengarah Teknikal NFDP baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gonzalez (dua dari kiri) telah dilantik selaku Pengarah Teknikal NFDP sejak 21 April lepas. - Foto ihsan NFDP

PETALING JAYA – Jawatankuasa Pemandu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mengesahkan pelantikan Oscar Francisco Gonzalez sebagai Pengarah Teknikal NFDP baharu sejak 21 April lepas.

Majlis Sukan Negara (MSN) dalam kenyataan berkata, pemilihan Gonzalez yang turut diberikan tanggungjawab selaku Pengarah Teknikal Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

“Gonzalez yang memegang jawatan selaku Ketua Pendidikan Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Australia dipilih hasil cadangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setelah menemuduga empat calon yang disenarai pendek oleh badan induk itu pada 13 Disember 2023.

“Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengetuai panel penemuduga berkenaan yang turut dianggotai Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram; Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman; Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell dan Ketua Unit Sumber FAM, Zukhailah Marzuki,” kata kenyataan tersebut.

Gonzalez yang mempunyai Diploma Kejurulatihan Professional Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memiliki pengalaman lebih 20 tahun mengendalikan program pembangunan bola sepak belia elit di sekitar Australia.

Beliau juga berkhidmat di beberapa kelab terkemuka seperti Nantong Zhiyun FC di China, Football New South Wales, Westfield Sports dan kelab Central Coast Mariners di Australia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN