fbpx

FGV Chuping terima GLOBALG.A.P. dengan pensijilan tambahan GRASP V1.3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sheikh Umar Bagharib (kanan) bersama Abd. Razak (dua dari kiri) pada majlis penyerahan sijil GLOBALG.A.P. di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – FGV Chu­ping Agro Valley (FGV Chuping) salah sebuah entiti di bawah FGV Integrated Farming Hol­dings Sdn. Bhd. (FGV Integrated Farming) menjadi syarikat pertama dalam penanaman nanas di Malaysia yang menerima sijil GLOBALG.A.P. V5.4.1-GFS (GLOBALG.A.P. versi 5.4) dengan pensijilan tambahan GRASP V1.3.

Syarikat yang menerima ­sijil GLOBALG.A.P. versi 5.4 de­ngan GRASP itu terkenal kerana komitmennya yang kompre­hensif ter­hadap amalan pertanian mampan merangkumi dimensi alam sekitar dan sosial.

FGV Chuping dan FGV Integrated Farming) adalah dua syarikat yang beroperasi di bawah FGV Holdings Berhad.

Pengisytiharan penting itu telah dibuat oleh British Stan­dards Institute (BSI) dalam satu majlis penyerahan sijil di sini baru-baru ini.

BSI adalah syarikat pensijilan yang menjalankan audit dan penilaian untuk mengesahkan pematuhan terhadap piawaian GLOBALG.A.P, manakala Picasynergy Holdings (M) Sdn. Bhd. (Picasynergy) sebuah syarikat swasta yang dilantik oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) untuk menyediakan perkhidmatan penyediaan dokumentasi, pengauditan sebagai usaha mendapatkan sijil GLOBALG.A.P. kepada­ syarikat-syarikat terpilih.

Pengerusi LPNM, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, pemilikan sijil GLOBALG.A.P. adalah salah satu syarat yang ditetapkan oleh peruncit besar di Kesatuan Eropah dalam pengimportan buah-buahan segar, sayuran, ta­naman hiasan, lembu dan kam­bing serta produk akuakultur.

Jelas beliau, salah satu faktor utama yang membolehkan buah nanas dari Malaysia khususnya jenis MD2 menembusi pasaran Eropah adalah kerana teknologi pertanian efektif yang memanjangkan jangka hayat kesegaran buah tersebut.

“Sebagai usaha untuk me­nembusi pasaran global, penanam nanas Malaysia ­perlu mendapatkan pensijilan pia­waian antarabangsa dan sijil GLOBALG.A.P.

“Tetapi ini adalah antara kekangan yang dihadapi pemain industri untuk mengeksport ke Eropah.

“Oleh itu, kami mengambil inisiatif dengan menyediakan dana khusus melalui Program Pembangunan Pasaran kearah Pensijilan GLOBALG.A.P. tahun 2023 dan akan diteruskan untuk tahun ini tidak lama lagi,” katanya pada sidang media di sini.

Turut hadir Ketua FGV Integrated Farming, Abd Razak Aya; Pengerusi Picasynergy, Datuk Rosman Rizwan; Ketua Pegawai Eksekutif Picasynergy, Syed Mohamed Fauzi Syed Murshad; Pe­ngarah Urusan BSI Malaysia, Evelyn Chye dan Pengarah Urusan BSI ASEAN, Emmanual Herve.

Tambah Sheikh Umar, dana sebanyak RM450,000 telah di ­peruntukan bagi membangun dan memperkasakan syarikat­ tempatan untuk membo­leh­kan mereka memperoleh sijil GLOBALG.A.P. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI