fbpx

Faisal Halim sebak, ‘tak putus’ doa rakyat Malaysia, komuniti ASEAN 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal

SEPANG – Bintang Harimau Malaya, Faisal Halim sebak dan terharu dengan doa serta kata-kata semangat yang diberikan oleh rakyat Malaysia serta peminat sukan di Asia Tenggara selepas menjadi mangsa simbahan asid, Ahad lepas.

Perasaan tersebut diluahkan menerusi kiriman kepada Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon yang menyifatkan Faisal seorang pemain yang cukup cekal dengan dugaan menimpa ketika ini.

“Beliau (Faisal) sebenarnya sangat sebak dan terharu dengan sokongan semua pihak. Bukan sahaja di Malaysia, malah negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia dan Thailand turut memberi ucapan positif.

“Keadaan pada hari pertama dan kedua mungkin tidak begitu negatif, namun berbekalkan doa semua pihak, kini segalanya semakin positif dan perubahan pada hari ketiga dan keempat agak memberangsangkan,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Menurut Johan, sikap ramah pemain kelahiran Mengkuang Titi, Bukit Mertajam itu menjadi salah satu punca dia cukup disenangi semua pihak sehingga ramai komuniti melakukan bacaan yasin dan doa selamat untuknya ketika ini.

“Pihak kelab sangat berbesar hati dan bersyukur kerana dalam tempoh dua ke tiga hari ini, banyak anjuran sesi bacaan Yasin dan doa selamat dilakukan buat Faisal.

“Faisal bukan sahaja pemain Selangor, malah dia juga bintang skuad kebangsaan dan sikapnya yang mesra dengan semua pihak terutama penyokong membuatkan dia disenangi sehingga kini.

“Saya harap doa dan ucapan yang diberikan oleh semua dapat memberi kekuatan buat Faisal untuk kembali di atas padang,” katanya.

Johan ditemui ketika menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat anjuran Selangor FC yang turut disertai Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah di Masjid Sultan Abdul Samad, Sepang sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI