fbpx

DAP yakin pertahan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTHONY menandatangani plak perasmian Dewan SMK Dato' Sheikh Ahmad yang turut dihadiri Pengetua SMK Dato' Sheikh Ahmad, Datin Ramadhawati Wahab (kanan, baju ungu). - Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP / KOSMO!

SEREMBAN – DAP yakin mampu mempertahankan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung esok.

Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP bersama gabungan kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan telah melakukan yang terbaik bagi memastikan kemenangan kali ini.

“Sudah tentu kita ada keyakinan (untuk menang) dan kita harap keyakinan itu dapat diterjemahkan (pada hari pengundian).

“Kita telah buat segala yang terbaik, terpulang kepada rakyat sekarang ini. Hari ini hari terakhir berkempen dan semalam kita telah adakan ‘Grand Finale’ dan kita telah melakukan kempen yang terbaik,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Sheikh Ahmad di sini hari ini.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, dari parti DAP pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Dalam perkembangan lain, Anthony yang juga Menteri Pengangkutan berkata, kerajaan masih belum membuat keputusan berhubung cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity untuk memulakan semula pencarian MH370 yang dilaporkan hilang selama 10 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI