fbpx

[VIDEO] Bachok hujan selepas dua bulan kemarau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kemarau 'berjerebu' di Bachok sejak dua bulan lalu. Foto media sosial.

PETALING JAYA – Kemarau ‘berjerebu’ sejak April lalu di beberapa daerah di Kelantan termasuk Bachok, akhirnya tamat selepas hujan mula membasahi negeri itu sejak awal pagi tadi.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, cuaca redup berserta hujan rintik-rintik mula melanda hampir seluruh kawasan di daerah tersebut, bermula pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari tadi.

Menurut seorang di penduduk di Pantai Irama, Bachok, Nur Munirah Nordin, cuaca panas yang disifatkan bagaikan tiada penghujung sebelum ini akhirnya menemui sinar selepas hujan di daerah tersebut.

“Hujan rintik-rintik sejak pukul 7 pagi tadi dan berlarutan selama lima jam, walaupun kurang lebat, Alhamdulillah ia mampu sejukkan tanah yang kering ini.

“Sepanjang dua bulan ini, saya terpaksa hidu bau asap daripada kebakaran hutan yang berlaku akibat cuaca panas, selepas hujan pagi tadi, udara terasa lebih sejuk dan bersih” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Selain itu, seorang pengguna, Nik Anis turut menzahirkan kegembiraannya menerusi sebuah hantaran di Facebook.

“Alhamdulillah, hujan mula kedengaran pukul 2.05 pagi dan berlarutan sehingga 12 tengah hari tadi. Walaupun tidak lebat, jalan dan tanah serta udara dah terasa nyamannya.

“Sepanjang perjalanan pagi ini dari Bachok ke Kuala Krai, hujan rintik-rintik sepanjang jalan, langit mendung menandakan kandungannya masih bersisa untuk dilepaskan. Syukur padaMu Ya Allah,” katanya.

Sementara itu, pengguna Facebook lain, Juliana Ismail, berkata, keadaan cuaca mendung dan hujan itu dimulai dengan dentuman guruh yang kuat sekitar awal pagi tadi.

“Malam tadi nak keluar rumah dah boleh rasa akan hujan malan ni sebab angin rasa sejuk. Alhamdulillah pukul 2 pagi ada bunyi guruh, kemudian pukul 2.30 pagi hujan mula lebat. Tak sangka hujan akan berterusan sampai pagi,” tulisnya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, angin kencang dan ribut petir di tiga negeri Pantai Timur melibatkan Kelantan (Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dan Kuantan, Pahang. – KOSMO! ONLINE

@izzataziz95 Setelah hampir 2 bulan tak hujan . Terima kasih Ya Allah 🥹 #fypシ #kemaraupanjang #bumikelantan ♬ AAAAAAAAAAA – kelone

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI