fbpx

Anwar solat Jumaat bersama 700 jemaah di Kampung Sawah Banting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyantuni jemaah seusai solat Jumaat di Masjid Al-Islah Kampung Sawah, Kuala Langat hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

KUALA LANGAT – Lebih 700 jemaah dari Kampung Sawah Banting di sini berpeluang menunaikan solat Jumaat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Islah di sini, hari ini.

Perdana Menteri yang tiba kira-kira pada pukul 1.10 tengah hari mengenakan baju Melayu hijau muda lengkap bersamping.

Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan di sini disambut pengurusan masjid serta penduduk tempatan.

Perdana Menteri turut mendengar khutbah bertajuk ‘Murabbi Insani Generasi Luhur Budi’ sempena sambutan Hari Guru yang disampaikan Imam, Mat Sakeh Pawiro sebelum menunaikan solat Jumaat bersama jemaah yang lain.

Selesai solat, Perdana Menteri sempat meluangkan masa menyantuni jemaah masjid dengan bersalaman serta bergambar bersama mereka yang hadir sebelum makan tengahari di dewan bersebelahan masjid tersebut.

Perdana Menteri meninggalkan lokasi pada pukul 2.35 petang dan difahamkan menuju ke arah Pulau Carey untuk program seterusnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI