fbpx

Ajal tertanam bawah kepala treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA KINABALU – Seorang lelaki menemui ajal dalam keadaan mengerikan selepas terperosok ke bawah treler yang dipandunya dalam kemalangan berhampiran Kampung Gudon, Manggatal Selasa lalu.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa, Fairon Bola, 30, dipercayai terjun untuk menyelamatkan diri dari kenderaannya yang hilang kawalan, namun digilis sehingga menyebabkan badannya dihimpit dan terperosok di bawah kepala treler.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya tiba di lokasi pada pukul 7.45 malam.

“Pasukan operasi gagal menemui mangsa dan menghubungi syarikat lori untuk mengenal pasti identiti pemandunya.

“Bagaimanapun, pasukan operasi dimaklumkan pemandu treler tiada di rumahnya menyebabkan pihak kami terpaksa melakukan pencarian semula di lokasi.

“Mangsa ditemukan pada pukul 9.26 malam dalam keadaan tertimbus di dalam tanah di bahagian kepala treler,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pasukan operasi seterusnya membantu mengeluarkan mangsa yang tertimbus menggunakan peralatan khas. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI