fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Pesawat Fennec tidak dilengkapi kotak hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi nahas helikopter terhempas yang melibatkan 10 kematian di stadium dan kolam renang Kompleks sukan TLDM Lumut semalam - MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

KUALA LUMPUR – Pesawat jenis model Fennec (M502 6) yang terhempas bersama Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada 23 April lalu didapati tidak mempunyai kotak hitam (black box).

TLDM dalam kenyataan memaklumkan, hanya pesawat HOM AW139 sahaja dilengkapi dengan peralatan tersebut.

“Pesawat HOM AW139 mempunyai black box manakala pesawat Fennec yang dikeluarkan pada tahun 2003 (21 tahun) tidak dilengkapi dengan peralatan tersebut.

“Data yang telah dianalisis daripada Multi Purpose Flight Data Recorder (black box) pesawat HOM AW139 telah diterima (3 Mei) daripada pihak OEM (Original Equipment Manufacturer) untuk penilaian lanjut oleh Lembaga Siasatan,” katanya hari ini.

Terdahulu, dalam tragedi pada 9.32 pagi itu, 10 anggota dan pegawai TLDM terdiri daripada tujuh kru HOM-AW139 dan tiga kru Fennec TLDM terkorban, selepas helikopter dinaiki mereka terhempas semasa menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI