fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Laporan akhir dijangka siap 29 Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laporan akhir dua helikopter TLDM yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 23 April lalu dijangka siap sepenuhnya pada 29 Mei ini.

KUALA LUMPUR – Laporan akhir tragedi dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada 23 April lalu, dijangka siap 29 Mei ini.

TLDM dalam kenyataan berkata, Lembaga Siasatan akan terus mengenal pasti aspek-aspek berkaitan yang perlu diteliti dengan lebih mendalam dan menyediakan Laporan Akhir secara menyeluruh dan terperinci.

Katanya, TLDM memberi jaminan bahawa siasatan ini dilaksanakan dengan telus dan komprehensif bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Lembaga Siasatan yang ditubuhkan dianggotai sembilan pegawai TLDM yang berkepakaran penerbangan dan kejuruteraan udara.

“Mereka turut mendapat bantuan daripada Markas Tentera Udara – Directorate General Technical Airworthiness (DGTA) dan doktor perubatan ATM.

“Kerjasama, kepakaran dan pandangan dari pihak OEM iaitu Leonardo Helicopter dan Airbus Helicopter turut dirujuk bagi melengkapkan siasatan termasuk analisis penuh rakaman Multi Purpose Flight Data Recorder (black box) pesawat HOM,” kata TLDM hari ini.

Mengulas lanjut, TLDM berkata, pihaknya akan terus berusaha memastikan aspek kebajikan ahli keluarga 10 mangsa nahas diuruskan dengan sebaiknya, terutamanya berhubung dengan ganjaran dan faedah-faedah sesuai mengikut kelayakan masing-masing.

Terdahulu, dalam tragedi pada 9.32 pagi itu, 10 anggota dan pegawai TLDM terdiri daripada tujuh kru HOM-AW139 dan tiga kru Fennec TLDM terkorban, selepas helikopter dinaiki mereka terhempas semasa menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI