fbpx

Suami guna berus gigi tikam isteri malas masak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek mencekik mangsa sebanyak dua kali sebelum menikamnya dengan berus gigi kerana perasaan sakit hati. - KOMPAS.COM

JAKARTA – Seorang lelaki ditahan selepas membunuh isterinya dengan menggunakan berus gigi yang diruncingkan, dipercayai bermotifkan perasaan dendam dan tidak puas hati, lapor akhbar Kompas.com semalam. 

Kejadian berlaku di rumah mereka Tanjungbatu Kota, Karimun, Kepulauan Riau pada Sabtu lepas.

Menurut pihak berkuasa, pasangan itu bertengkar sebelum suspek yang dikenali sebagai Irwan, 23, hilang sabar dan bertindak di luar kawalan.

Suspek mencekik mangsa sebanyak dua kali sebelum menikamnya dengan berus gigi. 

“Setiap kali saya pulang dari kerja, dia tidak pernah masak dan saya akan makan sendiri. Apabila saya meminta dia membuat kerja rumah seperti memasak atau mencuci pakaian, dia akan memberontak dan berkata bahawa dirinya bukan orang gaji,” kata polis yang memetik kenyataan suspek. 

Suspek juga mengaku bahawa dia beberapa kali melihat isterinya bersama lelaki lain di hotel.

Menurut pihak berkuasa, suspek ditangkap ketika cuba melarikan diri. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI