fbpx

Puisi Daiyan Trisha didakwa tiada keaslian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUKU puisi milik penyanyi Daiyan Trisha dikritik.

PETALING JAYA – Penulisan puisi penyanyi juga pelakon Daiyan Trisha dipertikaikan seorang individu yang mendakwa tiada keaslian dalam penulisan.

Semuanya bermula apabila seorang pengguna media sosial X berkongsi beberapa foto puisi nukilan Daiyan berjudul Tulisan By Daiyan Trisha bagi menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap puisi tersebut.

“Tulisan By Daiyan Trisha sangat membosankan. Penulisan Rupi Kaur sekitar tahun 2018 menerapkan konsep sama tetapi Rupi lebih baik daripada puisi ini.

“Bagaimana semua ini asli? Saya baca lebih kurang 100 variasi puisi ini dalam Tumblr.

“Adakah orang ramai membayar untuk ini sahaja?,” luah pengguna platform X itu.

Dalam masa sama, netizen terbabit turut menasihati pemilik nama lengkap Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 31, untuk meneruskan kerjaya sebagai duta jenama fesyen.

Malah individu sama turut menyindir penyanyi lagu Langit itu supaya jangan mengorbankan pokok untuk membukukan puisinya.

“Saya rasa dia patut kekal menjadi ‘IT Girl’ (wanita popular) yang bekerja dengan jenama fesyen dan jual muka sahaja kerana sejujurnya tiada masalah.

“Apa yang salah di sini adalah pokok-pokok perlu terkorban semata-mata untuk hasilkan puisi yang teruk,” ujarnya lagi.

Rata-rata pengguna X bersetuju dengan pendapat tersebut dan tidak berpuas hati dengan penghasilan Tulisan By Daiyan Trisha.

“Buku 99 Kata Fattah Amin lebih original daripada puisi ini,” kata netizen.

“Terima kasih kerana berani menyuarakan. Saya benci melihat dua rangkap puisi sahaja dalam satu muka surat,” ujar netizen lain.

“Benda macam ini pun buat buku. Lebih baik buat ciapan sahaja dalam X berbanding hasilkan buku,” kritik netizen lagi.

Tulisan By Daiyan Trisha merupakan rangkuman rasa yang dilalui berkaitan kehidupannya termasuk tentang hubungan cinta dan kekecewaan dilalui sejak tahun 2018 sehingga 2022. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI