BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin berikrar akan membanteras penjualan dadah dan menegaskan bahawa pemilikan ‘walaupun sebiji pil’ perlu dihukum.
Beliau turut mengarahkan pihak berkuasa supaya meneruskan usaha pengharaman semula ganja.
Bangkok mengumumkan pelan mengharamkan semula ganja pada Februari lalu selepas membenarkan penggunaan narkotik itu pada 2022.
Selain ganja, Thailand juga menjadi negara transit utama untuk candu dan methamphetamine dengan kebanyakannya dihasilkan di Myanmar.
“Masalah dadah menjadi agenda negara bahawa semua agensi pihak berkuasa perlu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini,” kata Srettha di platform X semalam sambil menambah, beliau mahu melihat kemajuan perang menentang dadah dalam masa 90 hari.
“Sesiapa sahaja yang terlibat dengan dadah perlu tahu bahawa anda akan didakwa walaupun memiliki cuma sebiji pil (dadah),” tegasnya. – AFP