fbpx

Penunggang motosikal korek longkang tersumbat elak banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang penunggang motosikal mengorek sampah yang tersumbat di dalam longkang di sekitar bandar Kajang.

PETALING JAYA – Tindakan seorang penunggang motosikal mengorek sampah tersumbat di dalam longkang bagi mengelakkan banjir kilat menjadi lebih serius di Kajang, semalam mendapat pujian ramai orang.

Menerusi perkongsian video oleh @fatinvontia di laman Facebook, lelaki itu berhenti di tepi jalan dengan dibasahi hujan dan dia menggunakan sebatang kayu panjang untuk mengeluarkan sampah sarap yang tersekat dari longkang.

Berdasarkan video itu, longkang tersumbat itu menyebabkan aliran air tidak mengalir dengan lancar sehingga menyebabkan air melimpah di atas jalan.

Beberapa kenderaan juga didapati sukar untuk melepasi banjir kilat tersebut dan terpaksa berhenti sepanjang bahu jalan.

Rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan lelaki tersebut kerana sanggup dibasahi hujan untuk memudahkan pengguna jalan raya yang lain.

“Majlis Perbandaran Kajang mesti bagi penghargaan kepada lelaki ini,” komen @Yussuf.

“Besarnya pahala dia dapat sebab bantu untuk mudahkan urusan ramai orang,” komen @Jelina.

“Mulianya hati dia, terima kasih orang baik,” komen @nurkamisah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI