fbpx

Pemuda menangis didakwa rogol anak saudara tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH didakwa merogol anak saudara tirinya berusia 12 tahun sebanyak dua kali di sebuah rumah di Alor Gajah, Februari lalu. - foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

ALOR GAJAH – Seorang pembantu kedai makan menangis teresak-esak selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan merogol anak saudara tirinya yang berusia 12 tahun, Februari lalu.

Tertuduh yang berusia 19 mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Berdasarkan dua kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun tanpa kerelaannya.

Kesemua kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 2 pagi dan 2.30 pagi di sebuah rumah bernombor dalam daerah Alor Gajah pada 18 Februari dan 23 Februari 2024.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin mencadangkan jumlah jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan beserta syarat tambahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar jaminan rendah diberikan dengan alasan dia hanya bekerja di kedai makan dan bapanya seorang pemandu lori.

Nariman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi.

Beliau turut menetapkan tarikh 10 Jun depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI