JAKARTA – Sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan suasana sepi di sebuah majlis perkahwinan dengan kerusi-kerusi tetamu terbiar kosong, lapor akhbar Detiknews semalam.
Pasangan pengantin yang mengenakan pakaian berwarna kelabu dilihat berjalan ke arah pelamin tanpa ada tetamu mahupun anggota keluarga.
Pemilik rakaman tersebut, Noto Susanto menjelaskan bahawa semua tetamu dan keluarga pengantin lelaki telah pulang ke rumah.
Video itu dirakam selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung.
“Video tersebut menampilkan suasana resepsi tetapi keluarga pihak lelaki sudah pulang ke rumah sejurus selesai adat, manakala keluarga pengantin perempuan sedang sibuk di belakang,” kata Noto.
Kejadian berlaku di Desa Blater, daerah Kalimanah, wilayah Jawa Tengah pada 3 April lalu. – AGENSI