fbpx

Liyana Jasmay rindu zaman Aku Tak Percaya Cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Liyana Jasmay bakal muncul dengan single solo terbaharu tidak lama lagi selepas lebih tujuh tahun vakum daripada sebarang perkongsian muzik. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

PETALING JAYA – Berhasrat mengulangi fenomena lagu Aku Tak Percaya Cinta, selebriti versatil Liyana Jasmay bakal hadir dengan single baharu tidak lama lagi.

Liyana, 36, berkata, walaupun jarang hadir dengan karya muzik, cintanya terhadap cabang seni itu tidak pernah luntur.

“Saya sebenarnya dah bincang lama dengan bos saya (V Prashan) sejak tahun lepas. Saya cakap nak lagu baharu, tak nak tinggalkan dunia nyanyian begitu sahaja.

“Dipendekkan cerita, sebelum bulan Ramadan hari itu saya lepak dengan Prashan dia bagi saya pilihan lagu.

“Saya diberikan demo dan kemudian diterbangkan ke Jakarta untuk menjalani rakaman di studio dua minggu sebelum Syawal,” katanya kepada Kosmo! Online usai majlis rumah terbuka Aidilfitri Multimedia Entertainment, baru-baru ini.

Kata pelakon filem Papadom itu lagi, dia berasa sangat gemuruh apabila memasuki studio rakaman selepas sekian lama tidak berbuat demikian.

“Saya gementar sangat sebab memang dah lama tak masuk studio sejak 2016. Saya habiskan masa dari pukul 8 pagi sampai 12 tengah hari untuk rakam lagu terbabit.

“Sekarang baru siap proses mixing dan sedang mencari rakan kolaborasi untuk menjalani video muzik (MV).

“Nak buat MV saya tak nak yang biasa-biasa sebab saya pula seorang pengarah filem (ketawa). Saya nak siapkan MV sebelum bulan Julai.

“Sebenarnya, saya target nak rilis dua buah lagu. Lagu pertama bergenre balada dan kedua, lagu fun song. Insya-Allah akan siapnya sebelum bulan Julai,” ujarnya.

Selain bergelar seorang pelakon dan terbaharu duduk di bangku pengarah, Liyana juga dikenali sebagai penyanyi menerusi untaian lagu termasuk Aku Tak Percaya Cinta, Cinta Bersatu dan Oh Na Na. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI