PETALING JAYA – Pempengaruh popular Kasih Iris Leona tidak kisah andai terpaksa memakai baju kaftan atau kelawar seumur hidupnya.
Leona, 22, menerusi perkongsian terbaharu dalam media sosial meluahkan rasa cintanya terhadap keselesaan menggayakan kain kaftan yang lazim dengan dirinya pada waktu senggang.
“Kalau ada satu pakaian yang saya akan gayakan seumur hidup, tentunya (pakaian tersebut) adalah baju kaftan atau baju kelawar,” coretnya.
Menerusi muat video video terbabit, Leona yang juga merupakan anak pelakon Azhar Sulaiman turut beraksi menggayakn kaftan berona merah jambu belacan yang menjadi signaturnya setiap kali bersiaran langsung dalam TikTok.
Acap kali viral dalam media sosial, Leona menerusi Instagram mendedahkan pulang ke tanah air selepas lama bermaustatin di London atas urusan melanjutkan pelajaran.
“Guess who’s home (cuba teka siapa sekarang dah pulang),” kongsi Leona seraya menyertakan foto awan tinggi dengan kapal syarikat penerbangan nasional negara.
Sementara itu, menjengah ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang gembira bahawa Leona kini pulang ke tanah air selepas lama di negara orang melanjutkan pengajian di Universiti Bath, London.
“Dia gembira betul dapat balik kampung.
“Ingatkan dia nak cakap baju kelawar sebab saya pun suka pakai baju sama,” demikian antara komen peminat. – KOSMO! ONLINE