fbpx

Lelaki jatuh Jambatan Sultan Yahya Petra dijumpai lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Muhamad Syafiq ke tebing Sungai Kelantan di Kota Bharu petang tadi. - Foto IHSAN BOMBA

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini semalam ditemui lemas petang tadi selepas lebih 24 jam hilang.

Mayat, Muhamad Syafiq Razali, 28, dijumpai kira-kira pukul 5.49 petang oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar kawasan Sungai Kelantan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Darul Naim, Ahmad Fakaruddin Berahim berkata, mayat lelaki itu ditemui sejauh dua kilometer dari lokasinya terjatuh.

Sementara itu, ibu mangsa, Rohani Mohamad, 59, memberitahu, dia bersyukur jasad anaknya sudah dijumpai walaupun dalam keadaan tidak bernyawa.

“Saya sempat melihat jasad anak saya dibawa ke tebing. mayatnya dalam keadaan sempurna. Saya tidak dapat menatap lama wajah Muhamad Syafiq kerana sebak. Dia telah meninggalkan saya buat selama-lamanya,” ujarnya.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini semalam dipercayai mengalami kemurungan sejak beberapa tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI