fbpx

Koleksi kad Pokemon dilelong RM330,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOLEKSI pelbagai jenis kad Pokemon ini dikumpul dari tahun 1990-an hingga 2000-an. - RICHARD WINTERTON AUCTIONEERS

LONDON – Satu koleksi besar kad Pokemon edisi terhad yang jarang ditemui dilelong pada harga £55,270 (RM327,753), dua kali ganda melebihi tawaran permulaan, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin. 

Koleksi yang dimiliki oleh seorang peminat dari Nottinghamshire itu merupakan kad Pokemon yang dikumpul dari tahun 1990-an hingga 2000-an. 

Menurut pelelong, Richard Winterton, ia dianggarkan bernilai £25,000 (RM148,247) sebelum dilelong dalam satu acara lelongan kelmarin.

“Jualan itu mendapat sambutan daripada pengumpul di seluruh dunia termasuk Jepun, China dan Amerika Syarikat,” kata Winterton. 

Koleksi yang mempunyai 2,407 kad termasuk 10 set lengkap itu dilelong di Pusat Lelongan Lichfield, Staffordshire.

“Sebilangan kad ini adalah item yang sangat dicari sehingga pengumpul berpotensi untuk membeli keseluruhan set semata-mata untuk mendapatkan sekeping kad,” kata Winterton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI