fbpx

Keputusan SPM 2023 diumum pada 27 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataannya berkata, ia melibatkan seramai 395,870 calon yang mendaftar bagi menduduki peperiksaan itu di 3,340 buah pusat
peperiksaan di seluruh negara.

“Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan SPM 2023 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut.

“Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri (JPN) tempat mendaftar bagi menduduki peperiksaan,” katanya di sini hari ini.

Semakan keputusan peperiksaan SPRM 2023 juga boleh dibuat secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my atau khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi 27 Mei dan ditamatkan pukul 6 petang, 2 Jun.

Dalam pada itu, KPM mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPM 2023.

“Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dan menyumbang khidmat bakti kepada negara pada masa hadapan,” tambah kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI