fbpx

Ernie Zakri reda, Masing Masing tak layak bertanding di AJL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ernie berlapang dada andai lagu Masing Masing tidak layak dipertandingkan di pentas AJL.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Ernie Zakri berlapang dada sekiranya lagu popularnya, Masing Masing hasil ciptaan komposer dan pemuzik Indonesia, Ade Govinda tidak layak dicalonkan pada Anugerah Juara Lagu (AJL) akan datang.

Menerima hakikat tersebut, Ernie, 32, bagaimanapun tetap bersyukur lagu Masing Masing berjaya menawan hati ramai peminat selain membantu melonjakkan namanya di Indonesia.

“AJL adalah satu acara anugerah berprestij di Malaysia. Saya tidak pernah menafikan platform tersebut adalah batu loncatan bagi setiap penyanyi.

“Saya pernah mengimpikan untuk berada di AJL dan sudah milikinya.

“Sekarang ini, jika tak ada juga rezeki untuk berada di AJL, tak mengapa sebab selagi orang tahu kewujudan lagu ini dan mendapat tempat di hati mereka, itu sudah cukup bermakna serta penting untuk saya,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran produk Zeleb+ NMN by Ernie Zakri di sini, semalam.

Dalam pada itu, dia menegaskan trofi anugerah bukanlah kayu pengukur kejayaannya sebagai seorang penyanyi sebaliknya titipan penghargaan daripada peminatnya.

“Namun, itu bukan penanda aras perjalanan karier sebab pengukur kejayaan saya adalah penghargaan daripada para peminat.

“Saya selalu cakap, kehidupan dan perjalanan saya dalam dunia nyanyian ini bukan satu pertandingan sebaliknya sebuah perjalanan,” ujarnya.

“Saya okey sahaja kalau tak menang, tidak tercalon apa-apa. Selagi peminat menghargai dan menyukai setiap karya saya, itu dah memadai,” katanya lagi.

Terbaharu, Ernie bekerjasama dengan jenama Watsons dan produk kesihatan keluarannya itu kini turut dijual di rangkaian farmasi itu.

Ujarnya, produk tersebut dilancarkan bagi membantu menambah tenaga khusus buat individu yang berusia 28 tahun ke atas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI