fbpx

Dua tahun anak jadi hamba seks songsang suami pengasuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

ALOR GAJAH – Perbuatan jijik seorang lelaki melakukan seks luar tabii terhadap kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang juga anak asuhan isterinya terbongkar selepas diketahui ibu mangsa pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ibu dua anak itu membuat laporan polis kelmarin mendakwa suspek melakukan seks songsang itu bersama  anaknya sejak dua tahun lalu.

Ujarnya, kejadian itu diketahui pengadu selepas mendapati anaknya menonton video lucah.

Apabila ditanya, kanak-kanak lelaki tersebut memaklumkan suami kepada pengasuh telah mengajarnya melakukan perkara itu.

“Pengadu menghantar anak sulungnya kepada pengasuh dari pukul 3 hingga 6 petang setiap hari kecuali cuti kerana dia bekerja di sebuah kilang sebagai operator.

“Mangsa beritahu suspek menyuruhnya menonton video lucah dan meniru aksi tersebut, selain melakukan perbuatan tidak senonoh tersebut sejak tahun 2022,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut beliau, suspek dipercayai mengambil peluang menjadikan kanak-kanak itu tempat untuk melampias nafsu ketika isterinya tiada di rumah.

Susulan laporan itu polis menahan suspek berusia 36 tahun kira-kira pukul 2 pagi di sebuah rumah dalam daerah ini, semalam.

“Kita telah mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman suspek selama tujuh hari bermula hari ini. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI