fbpx

Cuaca buruk hampir seluruh negara hingga 9 malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku hampir di seluruh negara sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, hujan lebat berserta ribut melibatkan pantai barat Semenanjung di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling dan Sepang), Melaka dan Putrajaya.

“Selain itu, cuaca buruk turut dijangka berlaku di kebanyakan kawasan di Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), , Perlis, Pulau Pinang dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai),” ujarnya.

Dalam pada itu, hujan lebat turut melibatkan di Pantai Timur Semenanjung di Pahang (Jerantut, Maran, dan Bera), Terengganu (Hulu Terengganu) dan Kelantan (Jeli dan Kuala Krai).

“Di Sarawak pula, hujan lebat berserta ribut petir turut dijangka tertumpu di kawasan Miri (Telang Ulsan) dan Limbang,” katanya.

Sementara itu, cuaca buruk sama berlaku di Sabah melibatkan beberapa tempat di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Papar yang dijangka berlanjutan sehingga 9 malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI