fbpx

Che Ta ‘tumpah teh’ pernah didekati lelaki miang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Ta mengakui diganggu lelaki miang.

KEJELITAAN pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta yang tidak dimamah usia nampaknya turut membuatkan kaum lelaki mata buaya tidak senang duduk.

Mendedahkan pernah didekati individu miang walaupun tahu dia mempunyai suami, ibu kepada tiga cahaya mata itu bagaimanapun enggan melayan golongan tersebut.

Pelakon drama Kiah Pekasam yang berusia melepasi garis 50 tahun itu dengan selamba menyatakan seorang wanita kena ada sifat malu untuk mengelakkan godaan.

Disebabkan perkara itu, dia sentiasa mengingatkan diri supaya jangan menggatal di set penggambaran atau berseronok bergurau senda tanpa menghiraukan status sebagai isteri orang.

Bahkan Che Ta yang sememangnya kerap menitipkan pesanan dalam media sosialnya turut mengingatkan kaum hawa menjaga batas pergaulan dan tidak mudah tergoda dengan ketampanan golongan lelaki mata keranjang.

Mizz Lahar: Pijak semut pun tak mati, rupa-rupanya suami seorang artis simpan kekasih gelap.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI