fbpx

Chatbot WhatsApp kekang berita palsu – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi

HULU SELANGOR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama platform Meta membangunkan kemudahan chatbot dalam aplikasi WhatsApp bagi mengekang penularan berita palsu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Meta dalam masa terdekat bagi menyempurnakan fungsi kemudahan itu yang dijangka dilancarkan hujung bulan ini.

“Beri saya sedikit masa, saya percaya chatbot ini memang boleh digunakan. Cuma (sekarang), ada beberapa isu teknikal dan ini yang akan dibincangkan dengan pihak Meta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pra Pelancaran Rangka Kerja Perkongsian Rangkaian dan Infrastruktur di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, kemudahan chatbot itu bakal memberi manfaat kepada banyak pihak dalam usaha melawan fitnah dan berita palsu.

Bagaimanapun, katanya, pengunaan chatbot hanya meliputi kepada teks dan akan diperbaharui supaya boleh menganalisa dokumen, foto dan video pada masa akan datang.

“”Harapan saya nanti, semua yang menerima WhatsApp daripada ‘group’ surau, taman dan alumni sekolah. Kalau tak dapat sahkan, kita boleh ‘forward’ (hantar) kepada chatbot ini dan dapat pengesahan di situ.

“Masalah yang kita lihat banyak daripada fitnah atau bahan yang tidak benar serta berita palsu disebarkan malalui WhatsApp. Jadi ini salah satu cara yang kita ikhtiarkan,” jelasnya.

Sementara itu, pada masjlis sama, MCMC turut mendatangani perjanjian dengan pengedali rangkaian mudah alih (MNO) bagi tujuan perkongsian menara telekomunikasi.

Fahmi berkata, kerjasama itu dibuat bagi menyelsaikan masalah jurang liputan internet diterima penduduk setempat ekoran penyediaan menara komunikasi tidak menyeluruh.

“Pada awalnya, ia melibatkan Sarawak Multimedia Authority (SMA) untuk mnyelesaikan masalah menara. Setelah selesai di sana, kita cuba lakukan di Semenanjung.

“Untuk permulaan, kita akan usahakan lima tapak yang mana setiap telco akan mengusahakan pembinaan satu tapak baru. Kita harap dalam tempoh enam bulan, maklumat sepenuhnya dapat diperoleh untuk menjalankan penyelesaian di 102 tapak yang lain,” jelasnya.

Tambahnya, sebanyak tujuh kawasan keutamaan telah dikenal pasti antaranya lebuh raya, universiti awam, hospital, stadium, kem askar dan polis serta kawasan tumpuan pelancong.

“Ia juga melibatkan kerjasama dan komitmen enam MNO iaitu CelcomFigi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan YTL Communications,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI