fbpx

Bosan, penatlah asyik cerita penyondol, curang – Uyaina Arshad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UYAINA ARSHAD

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad meluahkan rasa bosan apabila sering dilambakkan dengan berita isu kecurangan dan kisah penyondol yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Rasa muak itu timbul setiap kali melayari media sosial yang pasti akan secara tidak langsung memaparkan berita-berita berkaitan kontroversi rumah tangga artis impak ke

“Saya sudah bosan dengan berita yang sama.

“Asyik-asyik cerita mengenai isu penyondol. Asyik-asyik berita pasal curang dan rumah tangga orang. Bila hendak habis ini? Berapa ratus episod?” katanya dalam TikTok.

Bagi menangani rasa bosan tersebut, dia turut berseloroh memilih untuk melihat kandungan berkaitan agama berbanding cerita kontroversi selebriti tempatan.

“Pelik, buka Instagram, TikTok dan aplikasi X cerita yang sama.

“Tahun bila nak habis ini? Penatlah, baik buka kandungan mengaji al-Quran. Lebih bagus kan?”katanya lagi.

Meskipun begitu, Uyaina turut mencuri perhatian meluahkan rasa kesalnya itu menggunakan bahasa ‘F’ iaitu bahasa yang menggunakan bunyi konsonan ‘F’ dalam semua sebutan awal setiap perkataan.

Teruja dan kagum dengan kelancarannya berbahasa F, rata-rata netizen memuji selain menyokong kenyataan hos program Wanita Hari Ini itu.

“Ingatkan Uyaina cakap dengan bahasa Turki atau Sepanyol, rupa-rupanya bahasa F.

“Seronok tengok dia lancar guna bahasa F. Ini bahasa rahsia zaman sekolah!” komen netizen.

Sekadar info, bahasa F yang popular digunakan sekitar tahun 1990-an selalunya sering dituturkan oleh mana-mana individu untuk berbual perkara yang enggan diketahui oleh pihak lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI