fbpx

Anwar, isteri sedih banjir besar di Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sedih dengan bencana banjir besar yang berlaku di Brazil ketika ini.

Anwar menerusi hantaran Facebook turut memaklumkan kesediaan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir tersebut.

“Bersimpati dengan 85 warga yang maut dan ratus ribuan yang terkesan dengan bencana bah Rio Grande do Sul di Brazil dengan kota Eldorado do Sul menjadi antara kota paling parah dilanda musibah banjir.

“Ingatan dan doa kami kepada rakyat Brazil terutama mereka yang terkesan.

“Mendoakan urusan dan operasi mencari dan menyelamat berjalan lancar dan Brazil kembali pulih dan gagah. Godspeed Lula,” katanya hari ini.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan, hujan lebat di Rio Grande do Sul hampir seminggu menjejaskan 281 majlis perbandaran, kejadian sungai melimpah dan menyebabkan ibu negeri, Porto Alegre ditenggelami air, kata agensi berkenaan.

Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva sudah mengarahkan pembukaan pejabat kecemasan di Porto Alegre bagi memudahkan bantuan teknikal dan kewangan, selepas menghantar 100 anggota pasukan kebangsaan, pasukan polis elit, pada hari Jumaat untuk membantu dalam misi menyelamat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI