fbpx

300 pramugari, pramugara berpakat ambil MC 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan “cuti sakit besar-besaran” itu menyebabkan lebih 100 penerbangan Air India Express terjejas sejak Selasa. - ALAMY STOCK PHOTO

NEW DELHI – Kira-kira 300 kru kabin termasuk pramugari dan pramugara mengambil cuti sakit (MC)  pada saat akhir dan mematikan telefon bimbit mereka, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Tindakan mengambil cuti sakit beramai-ramai itu menyebabkan lebih 100 penerbangan syarikat Air India Express terjejas sejak kelmarin, demikian sumber rasmi.

Pihak pengurusan cuba menghubungi kumpulan kru kabin tersebut. Mereka dipercayai bertindak demikian kerana membantah terma dan syarat pekerjaan baharu ditetapkan oleh pemilik baharu Air India Express, Tata Group. 

“Sebahagian  kru kabin kami melaporkan diri tidak sihat pada saat akhir, bermula malam tadi (kelmarin). Ia menyebabkan banyak penerbangan mengalami kelewatan dan pembatalan,” kata jurucakap syarikat penerbangan itu. 

“Ketika kami berinteraksi dengan kru- kru terbabit untuk memahami punca di sebalik kejadian ini, pasukan kami pada masa sama berusaha untuk mengurangkan ketidakselesaan yang dihadapi oleh penumpang,” tambahnya. 

Penumpang yang terjejas akan ditawarkan bayaran balik penuh atau penjadualan semula penerbangan secara percuma. 

Namun, sejumlah penumpang turut meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial kerana tidak dimaklumkan lebih awal mengenai isu tersebut biarpun dijanjikan bayaran balik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI