fbpx

282 jemaah haji kumpulan pertama selamat tiba di Madinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang jemaah haji berkerusi roda menerima sambutan daripada para petugas Tabung Haji

MADINAH – Seramai 282 jemaah haji yang menaiki penerbangan pertama (KT1) dari Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz hari ini.

Mereka yang terdiri daripada 115 jemaah lelaki dan 167 wanita itu tiba dengan pesawat Malaysia Airlines pada pukul 4.10 pagi sebelum dibawa menaiki bas ke zon penginapan di Hotel Emaar Royal.

Ketibaan rombongan jemaah itu disambut Ketua Konsulat Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif.

Turut hadir pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) iaitu Timbalan Ketua Rombongan Haji Kebajikan, Mohamed Heikal Mohamed Yusuff dan Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin, pengurusan dan petugas TH bagi musim 1445H/2024.

Roslan berkata, menerusi pemerhatiannya, Lembaga Tabung Haji melakukan persediaan rapi untuk menerima kedatangan jemaah dengan mengadakan perbincangan bersama pihak berwajib termasuk Kementerian Haji dan agens berkaitan di Arab Saudi.

“Ibu Pejabat Tabung Haji di Madinah di bangunan Hotel Roha Al-Madinah sejak minggu lepas sebagai persiapan menyantuni para dhuyufurrahman.

“Saya percaya Tabung Haji mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji Malaysia,” katanya kepada petugas media selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia di Hotel Emaar Royal di sini hari ini.

Bas yang membawa kesemua jemaah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, tiba pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan.

Beliau dalam masa yang sama menasihati semua jemaah haji Malaysia supaya sentiasa bergerak secara berkumpulan demi keselamatan mereka selain mematuhi arahan yang dikeiuarkan Tabung Haji dari semasa ke semasa.

“Patuhi peraturan dan undang-undang tempatan Arab Saudi dan jaga jaga imej serta nama baik Malaysia setiap masa tidak kira di mana jua berada,” katanya.

Beliau juga menyarankan supaya jemaah haji dapat terus menjaga kesinatan diri, minum air secukupnya dan amalkan diet yang seimbang sepanjang berada di Tanah Suci.

Selain KT1, satu lagi penerbangan dari Malaysia tiba di Madinah pukul 7.50 pagi tadi (waktu tempatan) dengan membabitkan 281 jemaah haji. Mereka akan menginap di Hotel Saja al Madinah

Mereka adalah kumpulan KT awal daripada keseluruhan 31,600 jemaah haji kuota penuh Malaysia tahun ini yang akan tiba di Tanah Suci secara berperingkat melalui 100 penerbangan sewa khas menerusi syarikat penerbangan AMAL oleh Malaysia Airlines Bhd dan Saudia Airlines. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI