fbpx

Zoo China guna anjing menyamar panda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zoo Taizhou menjelaskan ia belum mampu membawa panda sebenar kerana kekangan kemudahan. - ASIAWIRE

BEIJING – Sebuah zoo di China menerima kecaman ramai selepas mempamerkan dua ekor anjing yang diwarnakan menyerupai panda dalam usaha untuk menarik lebih ramai pengunjung, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kejadian berlaku di Zoo Taizhou, wilayah Jiangsu. 

Anjing berkenaan adalah daripada spesies Chow Chow yang berasal dari utara China. Bulu anjing itu dipotong pendek sebelum dicat dengan warna hitam dan putih di seluruh badan serta muka.

Menurut pengurusan zoo berkenaan, pihaknya belum mampu membawa panda sebenar akibat kekangan kemudahan.

Orang ramai meluahkan rasa kecewa dengan helah itu, manakala segelintir pengunjung menyifatkan perbuatan pihak zoo sebagai tidak berperikemanusiaan kerana sanggup melakukan kekejaman terhadap haiwan. 

“Orang ramai juga mewarnakan rambut mereka. Pewarna semula jadi boleh digunakan pada anjing jika ia mempunyai bulu yang panjang,” kata jurucakap zoo berkenaan. 

Video ‘panda palsu’ itu tular di platform media sosial Facebook dan meraih sebanyak 37,000 tontonan serta 1,200 tanda suka. 

“Ia sangat kecil untuk berlari sepantas itu! Saya rasa ia cantik,” kata seorang pengguna. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI