fbpx

[VIDEO] Tengku Amir Shah lawat Faisal Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Amir Shah tiba bagi melawat Faisal di sebuah hospital swasta di Shah Alam. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan bagi melihat dan mengetahui perkembangan terkini pemain sensasi Harimau Malaya, Faisal Halim yang kini dirawat di sebuah hospital swasta di sini hari ini.

Tengku Amir tiba kira-kira pukul 11.18 pagi dengan disambut pengurusan hospital tersebut.

Difahamkan sebelum itu, Tengku Amir Shah mengadakan mesyuarat berhubung kes serangan terhadap Faisal Halim yang juga pemain Selangor di bangunan FAS.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Faisal atau Mickey menjadi mangsa simbah asid oleh individu tidak dikenali hingga mengakibatkan kelecuran di beberapa bahagian badannya.

Hasil pemeriksaan lanjut kemudianya mendapati pemain tersebut mengalami kelecuran tahap empat selepas dikatakan disimbah asid sulfurik pekat.

Setakat ini, dua lelaki masing-masing berusia 20 dan 30an telah ditangkap dengan kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI