PETALING JAYA – Beberapa kawasan sekitar Kajang kini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat sejak pukul 5 petang tadi.
Menerusi perkongsian beberapa penduduk setempat di Facebook, keadaan tersebut menyebabkan air meningkat mencecah paras paha.
Beberapa kenderaan juga didapati sukar untuk melepasi paras air banjir dan terpaksa berhenti sepanjang bahu jalan.
Sementara itu, Lembaga Lebuhraya dalam laporan trafik memaklumkan, banjir kilat yang berlaku petang ini turut menjejaskan di Kilometer (KM) 25.6 Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) arah Timur dari Country Height ke Plaza Tol Sungai Ramal.
“Lorong kanan ditutup. Trafik sesak dilokasi.
“Berhati-hati memandu. Sila gunakan laluan alternatif. Pihak kami mohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi ketika ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE