fbpx

[VIDEO] Faisal dirawat guna kaedah ‘skin allograft’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr Muhammad Hazwan Khair.

SHAH ALAM – Bintang Harimau Malaya, Faisal Halim bakal menerima rawatan standard tertinggi apabila bakal dirawat menggunakan ‘skin allograft’ yang dianggarkan bernilai RM30,000.

Cara berkenaan digunakan sekiranya pesakit tidak memiliki kulit yang cukup untuk digunakan bagi merawat dan menutup luka terbakar.

Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr Muhammad Hazwan Khair, berkata pendekatan itu diambil sebagai prosedur untuk membantu proses pemulihan Faisal.

“Berdasarkan kepada pakar bedah, prosedur lanjutan itu akan berlangsung dalam minggu ini. Dari segi otot, ia memerlukan rehabilitasi dan kita boleh jangka pada masa depan nanti,” katanya.

Secara asasnya, prosedur ini adalah untuk memindahkan kulit sihat ke pesakit yang alami kecederaan khususnya kesan lecur kebakaran.

Ketika ini, Faisal atau Mickey baharu saja selesai jalani pembedahan kedua dan keadaannya kini bertambah baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI