fbpx

[VIDEO] Bapa diamanahkan jaga anak, bukan sebaliknya – Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki yang didakwa atas pertuduhan merogol anak kandunh sendiri bersama isterinya di Mahkamah Sesyen Serembanhari ini. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

SEREMBAN – Perbuatan jijik seorang bapa merogol zuriat sendiri sejak berusia 12 tahun berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hukuman diputuskan oleh Hakim Mohamad Kamil Nizam selepas tertuduh yang berusia 44 tahun mengaku salah atas pertuduhan melakukan persetubuhan dengan mangsa pada November 2022.

Bapa empat anak itu bagaimanapun kelihatan tenang ketika membuat pengakuan tersebut.

Mohamad Kamil berkata, hukuman yang dijatuhkan itu mengambil kira pertimbangan rayuan tertuduh dan faktor pemberatan yang dibuat Timbalan Pendakwa Raya, M. Kalaivaanan serta faktor kepentingan awam.

“Kesalahan yang dilakukan adalah serius. Kamu (tertuduh) sebagai bapa yang diamanahkan untuk menjaga anak telah melakukan sebaliknya (merogol).

“Saya juga ambil maklum faktor mangsa yang hanya membuat aduan selepas ibu bapanya ditahan atas kes lain (dadah). Semestinya mangsa berasa tidak selamat berada di rumah sepanjang tempoh tersebut,” katanya pada prosiding kes hari ini.

Jelas Mohamad Kamil, perbuatan tertuduh meninggalkan trauma dan kesan psikologi teruk kepada mangsa yang kini berusia 20 tahun.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan persetubuhan dengan anaknya yang ketika itu berusia 18 tahun enam bulan.

Pada 5 Mei lalu, Kosmo! melaporkan seorang gadis berusia 20 tahun menempuh detik hitam apabila diperkosa bapa kandungnya sejak berusia 12 tahun sehingga melahirkan dua anak. Kejadian terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis pada 1 Mei lalu.

Kejadian itu pernah diceritakan kepada ibu mangsa, namun tidak diendahkan wanita tersebut walaupun mangsa sudah melahirkan anak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI