fbpx

UPNM jalin kerjasama dengan 6 rakan strategik, 12 kontrak, MoU dimeterai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hadir menyaksikan majlis memeterai perjanjian antara UPNM bersama enam rakan strategik di MITEC, hari ini.

KUALA LUMPUR – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah memeterai 12 perjanjian bersama enam rakan strategik di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Perjanjian tersebut melibatkan satu Memorandum Perjanjian (MoA), dua Memorandum Persefahaman (MoU) dan tiga Perjanjian Kerahsiaan (NDA).

Enam rakan strategik tersebut adalah International Aero Training Academy Sdn Bhd (IATAC), AMP Corporation (M) Sdn. Bhd. (AMP), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Techdata Systems Sdn. Bhd. (Techdata), JStar Motion Sdn. Bhd. dan Ketech Asia Sdn. Bhd.

UPNM berkata, MoA bersama IATAC itu bagi menggabungkan program akademik dengan latihan juruterbang di premis IATAC.

“Setiap kohort akan mengambil masa pengajian selama tiga tahun secara keseluruhan.

“Setelah berjaya menamatkan pengajian, pelajar akan bergraduat dengan Ijazah Sarjana Muda Penerbangan (dianugerahkan oleh UPNM), bersama juga dengan CPL/IR dengan Frozen ATPL (dianugerahkan oleh IATAC).

“Program Ijazah tiga tahun ini telah diakreditasikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan disahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, UPNM berkata, bagi kerjasama dengan pihak AMP, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam bidang berkaitan teknologi radar dan ‘surveillance’.

Ujarnya, kerjasama dengan TUDM pula melibatkan penyediaan peranti AASTS dan pasukan keselamatan itu akan menyediakan platform yang sesuai untuk tujuan menilai keberkesanannya.

“Bagi kerjasama dengan Techdata, ia melibatkan pertukaran pengetahuan penyelidikan dalam keselamatan siber, data, dan rantaian bekalan.

“Rakan strategik kita kelima iaitu Jstar Motion akan bekerjasama dalam membangunkan projek pembaharuan pada ‘Anti-Collision Sensing System’ for Product: High Adjustable Table (HAT),”jelas UPNM.

Tambah UPNM, kerjasama dengan Ketech Asia adalah membabitkan pembangunan pengeluaran nitroselulosa sebagai bahan tenaga untuk propelan yang akan dibangunkan oleh universiti itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI