fbpx

Terengganu laksana solat sunat istisqa lusa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Semua 510 masjid di Terengganu akan melakukan solat sunat istisqa berjemaah memohon hujan selepas solat Jumaat lusa.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, M. Rozi Bidin berkata, solat sunat berkenaan berikutan musim kemarau yang sedang melanda negeri ini sejak hampir dua bulan lalu.

“Pelaksanaan solat sunat istisqa turut telah dimaklumkan kepada semua pengerusi jawatankuasa masjid di lapan daerah di negeri ini. Ia sebagai ikhtiar dengan memohon doa agar Allah menurunkan hujan berikutan kemarau,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

M. Rozi berkata, mendirikan solat sunat istisqa adalah sunat muakkad bagi umat Islam baligh dan belum baligh yang
bermukim atau bermusafir sama ada merdeka, hamba, lelaki mahupun wanita.

Kosmo! 3 Mei lalu melaporkan Terengganu sedang mengalami musim panas dengan suhu harian mencecah antara 36 hingga 40 darjah Celcius berikutan fenomena El Nino.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan fenomena El Nino tersebut dijangka berlarutan di negara ini sehingga bulan Julai depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI