KES rasuah berhubung biji timah membabitkan suami pelakon Sandra Dewi iaitu Harvey Moeis masih menjadi perbincangan hangat.
Biarpun segala harta ahli perniagaan itu, termasuk kediaman dan kenderaan mewahnya sudah disita, masih ramai tidak berpuas hati.
Menurut sumber, lelaki itu juga memiliki sebuah jet peribadi dan aset mewah tersebut juga pernah dikongsikan kepada umum dalam media sosial.
Bahkan ketika mempamerkan pesawat tersebut suatu ketika dahulu, dia sendiri mendakwa itu hadiah untuk anaknya.
Begitupun, peguamnya menangkis dakwaan tersebut dengan memaklumkan jet terbabit hanya disewa, bukan milik peribadi.
Kenyataan tersebut bagaimanapun tetap tidak dipercayai umum.