fbpx

Semangat Faisal Halim sangat tinggi, yakin enam bulan boleh pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL dikatakan menerima ubat khas dari Australia untuk membantu memulihkan luka di bahagian melecur.

SHAH ALAM – Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar yakin pemain sensasinya, Faisal Halim akan pulih dan boleh beraksi di padang kembali.

“Saya fikir dia memerlukan kira-kira enam bulan tetapi bukan untuk kembali ke tahap kecergasan maksimum tetapi sekurang-kurangnya dia berada di tahap di mana dia boleh memulakan sesuatu untuk bermain.

“Tiada jaminan (bangkit) cuma Allah sahaja boleh bagi jaminan. Cuma secara peribadinya, saya yakin dia boleh kerana kita tahu orangnya kecil tetapi dia ada semangat, saya rasa semangat saya pun tak sampai macam dia,” katanya.

Terdahulu, Shahril mengiringi Raja Muda Selangor yang juga Pengerusi Selangor FC, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah melawat Faisal yang kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi.

Shahril juga menegaskan pihaknya hanya mahu yang terbaik untuk memastikan segala keperluan Faisal dapat dipenuhi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI