fbpx

Real Madrid yakin ke final UCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAL

MADRID – Real Madrid akan turun dengan ‘kuasa penuh’ menghadapi aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Bayern Munich di Santiago Bernabeu awal pagi esok dalam misi memburu kejuaraan ke-15 di peringkat Eropah.

Sebagai persiapan aksi penting itu, Real memilih untuk menangguhkan sambutan tradi­sional pasukan selepas menjuarai gelaran La Liga ke-36 musim ini bagi mengekalkan konsentrasi para pemain berhadapan Bayern nanti.

Real sebelum ini berjaya mengharungi aksi separuh akhir pertama di Allianz Arena de­ngan keputusan seri 2-2 sekali gus bakal menyaksikan pertemuan kali ini seimbang dan bertambah sengit.

Pengurus Real, Carlo Ancelotti berkata, aksi menentang Bayern minggu ini merupakan perlawanan penting dan beliau perlu membuat keputusan tepat dalam pemilihan kesebelasan utama yang akan menggalas tanggungjawab tersebut.

“Kita telah sampai ke titik ­akhir musim ini dengan peluang yang hebat untuk bermain dalam final yang lain.

“Apabila memegang bola, anda perlu menyerang dengan baik dan apabila tidak, anda perlu bertahan dengan baik. Kita akan cuba melakukan ini kerana anda tidak selalu boleh memegang bola.

“Kita masih mengharapkan yang terbaik untuk perlawanan pusingan kedua. Ia akan menjadi sukar kerana kita bermain menentang pasukan hebat dan perlawanan adalah seimbang,” katanya.

Pengurus berusia 64 tahun itu juga percaya bintangnya, Jude Bellingham akan kembali kepada keadaan terbaiknya selepas me­nunjukkan persembahan kurang memuaskan dalam aksi pertama minggu lalu.

“Dia mengalami kecederaan yang memberikan kesan yang besar kepadanya. Dia tidak berada dalam keadaan terbaik, tetapi dia akan kembali tidak lama lagi dan berada pada tahap 100 peratus,” tambahnya.

Musim ini, pemain tengah berusia 20 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya mencetak 22 gol dalam 38 aksi serta 10 bantuan jaringan untuk Real Madrid di La Liga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI