fbpx

Perkhidmatan laluan monorel kembali operasi 5 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan perkhidmatan laluan monorel akan kembali beroperasi sepenuhnya bermula pukul 5 petang nanti.

Rapid Rail dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, kerja-kerja pembersihan dan baik pulih yang dijalankan oleh pihak mereka dan pihak berkuasa tempatan telah berjaya diselesaikan pada pukul 5.55 pagi tadi.

“Pihak operasi dan jurutera struktur juga telah selesai menjalankan beberapa pemeriksaan menyeluruh dan terperinci mengikut piawaian keselamatan yang telah ditetapkan. Ini untuk memastikan struktur landasan stabil dan selamat untuk beroperasi.

“Serentak dengan pengoperasian penuh semula laluan monorel, perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara akan ditamatkan. Kekerapan tren kembali normal di mana waktu puncak adalah setiap tujuh minit dan waktu luar puncak setiap 10 minit,” jelas kenyataan tersebut.

Rapid Rail juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan perkhidmatan laluan monorel kembali normal.

“Pihak kami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kesabaran semua pengguna perkhidmatan laluan monorel,” jelas kenyataan itu lagi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI