fbpx

Pengantin pengsan dipercayai enggan dikahwinkan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin wanita itu akan berkahwin dengan seorang lelaki berusia 35 tahun lebih tua daripadanya. - INSTAGRAM @terangmedia

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan detik seorang pengantin perempuan menangis sehingga pengsan ketika majlis perkahwinannya, lapor akhbar Disway ID semalam.

Difahamkan, pengantin berkenaan dikahwinkan dengan seorang lelaki yang berusia 35 tahun lebih tua daripadanya di sebuah daerah di Lombok, wilayah Nusa Tenggara Barat.

Menerusi rakaman itu, wanita tersebut dilihat sedang berjalan ke arah pelamin dalam keadaan lemah.

Raut wajahnya juga kelihatan sedih, seolah-olah enggan menerima perkahwinan itu. Dia kemudian pengsan sebelum dibantu oleh penduduk dan tetamu undangan.

Rakaman yang dimuat naik oleh akaun @terangmedia di platform Instagram menjadi tular dengan rata-rata netizen menyatakan bahawa perjodohan seperti itu tidak digalakkan. 

“Sama seperti drama ya, ibu bapanya mesti ada hutang,” tulis seorang pengguna media sosial. 

“Ini bukan zaman jodohkan anak, sekarang sudah moden. Kasihan, nanti rumah tangga cepat cerai atau isterinya lari,” tulis netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI