fbpx

Pemain Man. United ‘degil, sombong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEKALAHAN kepada Palace menjadi mimpi ngeri buat United selepas tewas buat kali-13 musim ini. – AFP

LONDON – Kedudukan Pengurus Manchester United, Erik ten Hag berada dalam situasi cukup membimbangkan selepas mereka dibelasah Crystal Palace 0-4 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park awal pagi semalam.

Kekalahan memalukan itu nyata tidak dapat di­terima sebahagian besar peminat The Red Devils sehingga menggesa pemilik kelab untuk memecat bekas pengendali Ajax tersebut dalam kadar segera.

Lebih parah, keputusan itu menjadi rekod baharu pasukan apabila United tewas 13 kali dalam saingan liga selain melepaskan 81 gol buat kali pertama sejak kempen 1976/77.

Ten Hag yang kelihatan buntu selepas tamat perlawanan berkata, kekalahan itu disebabkan pemain-pemain tidak mengikut strategi yang sudah diatur sehingga menyebabkan Palace menguasai sepenuhnya permainan.

“Sudah tentu saya adalah individu tepat untuk membimbing pasukan dan kami juga memiliki pemain-pemain yang bagus. Saya sudah cuba yang terbaik untuk menyediakan pasukan tetapi ia masih belum mencukupi.

“Ia sangat mengecewakan, lebih-lebih lagi mengalami kekalahan terburuk seperti ini. Bagi saya, kami gagal dari segi aksi berpasukan selain melakukan banyak kesilapan dan tidak mengikut perancangan ditetapkan,” katanya.

Pada perlawanan itu, Palace menampilkan aksi cukup selesa dan berjaya meledak empat gol menerusi dua jaringan Michael Olise selain masing-masing satu gol Jean-Philippe Mateta dan Tyrick Mitchell.

Hasil kekalahan itu, United juga berpotensi terlepas peluang untuk melayakkan diri beraksi dalam saingan Eropah musim hadapan apabila menghuni tangga kelapan liga selepas dipintas Chelsea.

“Kami berdepan sebuah pasukan yang cukup sukar untuk ditentang. Mereka turun dengan semangat cukup tinggi selain dibantu oleh aksi mengecewakan United dari segi individu dan berpasukan,” ujar Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI