fbpx

PBT Selangor diarah potong pokok tua elak ragut nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika menyantuni pengunjung yang hadir pada majlis tersebut, di Shah Alam. Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) akan diarahkan melakukan perapian dan pemangkasan pokok yang telah tua khususnya, bagi mengelakkan peristiwa meragut nyawa seperti di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur berulang di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu akan dilakukan dalam Majlis Mesyuarat Keselamatan Negeri (MMKN) selaras dengan perubahan iklim ketika ini.

“Saya akan arahkan sendiri terutama MMKN pada Jumaat ini, minta supaya jawatankuasa berkaitan bagi ‘trimming’ pokok supaya elakkan pokok tumbang atau dahan patah ketika dilalui atau ditimpa dengan angin yang deras dan kuat.

“Ini semua adalah fenomena yang perlu diperhatikan terutama oleh PBT bagi memastikan keselamatan dan kehidupan rakyat sekeliling terjamin,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Muhibbah Aidilfitri Kumpulan Menteri Besar Selangor (Diperbadankan) (MBI), hari ini.

Semalam, seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dekat sini berhampiran sebuah hotel.

Pokok tersebut juga menghempap 17 buah kenderaan selain dana pokok turut mengenai landasan monorel di jalan tersebut.

Amirudin mempercayai PBT di negeri ini telah mengambil pelajaran susulan kejadian berlaku ketika hujan lebat di Shah Alam dan sekitar Sungai Buloh dalam tiga tahun lepas.

“(Dalam kejadian itu) dianggarkan puluhan pokok tumbang dan itu nasib baik tidak meragut nyawa.

“Sebab itu saya percaya mereka telah belajar daripada peristiwa tersebut dan telah ambil langkah-langkah lanjut tetapi peringatan harus kita teruskan,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI