fbpx

Muhammad Imran Suresh akaun palsu – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Akaun Instagram, Muhammad Imran Suresh yang mendapat perhatian ekoran dakwaan mempunyai maklumat serangan simbah asid terhadap pemain bola sepak, Faisal Halim disahkan merupakan akaun palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata, individu berkenaan dilihat cuba membuat spekulasi negatif untuk mendapat perhatian orang ramai.

Muhammad Imran Suresh merupakan akaun palsu.

Tegas beliau, PDRM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pengendali atau pemilik akaun media sosial yang dipercayai menimbulkan kebencian terhadap pemain bola sepak kebangsaan.

“Kita akan pantau semua akaun ini dengan meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Kita tak boleh beri ruang kecil untuk mereka ambil kesempatan merosakkan keadaan,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini, tiada laporan diterima pihaknya terhadap mana-mana akaun media sosial yang mencetuskan spekulasi.

“Jika ada laporan, kita akan siasat,” jelasnya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara mengesahkan pemilik media sosial dikenali Muhammad Imran Suresh sedang dikesan PDRM selepas mendakwa mempunyai maklumat berkaitan kejadian yang menimpa Faisal. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI